Peace be upon you.
Malam semalam, ketika saya sedang tidur, kedengaran bunyi dentuman sesuatu di atas lantai yang jatuh dari meja belajar akibat tendangan comel saya. Bukan tendangan saya sahaja yang comel malahan saya juga comel. Maaf ter-lari tajuk pula. Bunyinya agak dahsyat. Bagaimana boleh tertendang? Baiklah, mari saya ceritakan sedikit tentang posisi meja belajar dengan katil di bilik saya. Kedudukan meja belajar bertentangan dengan katil. Kaki saya pula agak panjang atau erti kata lain saya ni tinggi orangnya (apa salahnya kalau nak syok sendiri) Saya pun mushkil apa yang saya mimpikan sehingga boleh main tendang-tendang sewaktu tidur. Mungkin akibat daripada menonton WWE. Cewah bergurau sahaja. Hm oh ya, di mana kita tadi? Ha lalu kakak sedar dari tidur dan menjerit kecil "Meera! Kamera!" Saya terjaga dalam keadaan mamai sejenak. 3 saat berlalu, saya sambung beradu. Hemm pusuiii (bunyi dengkuran angin kecil yang comel. Macam pelik je bunyi? Ah lantak asalkan masih comel. Nampak tak, everything yang saya buat mesti comel-comel tapi tak boleh kalahkan nenek yang dalam iklan prabayar yang cakap "Aaron, awa ni cumel larh. Eh tu Aaron yang comel. Bukan nenek tu. Ah pape jelah) Pada keesokan pagi, saya membuka penutup lensa kamera untuk menangkap gambar lampu baru di bilik. Apabila penutup lensa dibuka, ini lah hasilnya.
Retakan pada lensa kelihatan sungguh berseni.
Ini lah lampu baru yang saya khabarkan tadi. Disebabkan kamera dah injured, terpaksa lah ambil guna telefon bimbit. Kurang ke-HD-an dia .
Peace be upon you.