Amateur challenges

Peace be upon you.

Hari ni aku cuba 'baking' kek cawan pula. Kali ni aku ditemani rakan se-amatur dalam pembuatan kek cawan ni, Nani. Percubaan pertama kami gagal kerana kek terlalu kering, hangus, dan apabila dikunyah, rasa seperti kunyah kertas (cuba anda ambil kertas dan kunyah. begitulah rasanya... kot) tapi bila telan, rasa dia macam sedap lah pula. Dalam sepuluh kek cawan yang gagal tadi ada lah dalam beberapa cawan kami bantai telan sebab lapar sangat.

Percubaan kali kedua, Alhamdulillah kami berjaya. Kek rasa moist moist gitu. Kami melompat kegembiraan dan ketawa riang bersama. Azri pun cakap sedap.




Faktor kami gagal percubaan pertama tadi disebabkan salah set temperature. Keliru baca resepi. Percubaan kali kedua, kami lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. eceeewah.


Peace be upon you.