Hobo Bag Handmade

 Peace be upon you.

Memandangkan dekat rumah ni banyak baju yang nak dibuang & derma kepada mereka yang memerlukan, aku rasa ada sedikit perasaan sayang nak lepaskan baju-baju ni pergi dengan begitu sahaja. Jadi, aku pun mula mencari idea. Apa yang aku boleh buat dengan baju-baju ni ye? Hm.. Oh ya, beg! ya, beg! Lagipun memang aku perlukan beg kain sekarang ni. Tapi aku rasa aku nak cuba sesuatu yang baru. Maksud aku, aku nak sesuatu yang unik dan agak mudah untuk dibuat. Tiba-tiba terdetik nak buat beg yang tak payah di jahit tapi rasa macam tak confident je kalau buat tak berpandukan tutorial. Aku pun cuba search dekat google. Then, ada keluar satu video youtube pasal tutorial 'no-sew bag' yang juga dipanggil sebagai hobo bag. Jadi, aku pun mulakan operasi.




Rasa macam kosong sangat. Jadi, aku pun design lah dengan apa bahan yang ada dekat rumah ni. Sharpie markers je. Ingatkan nak dip dye tapi bahan tak ada.




Setelah siap, aku pun upload gambar hobo bag ni dekat twitter. Then ada junior bagi response & dia nak tempah satu. Alhamdulillah, aku excited & gembira sangat! Mama siap bawa pergi sekolah tunjuk dekat kawan-kawan & ada yang on the way nak menempah haha. Harap-harap lepas ni ada lagi yang sudi untuk menempah. Design pada beg nanti lain-lain. Kalau sama je boring.


Kakak kasi chance guna acrylic dia sikit. So aku pun calit-calitlah sikit atas beg. Gambar di sebelah kanan ni lah bentuk beg tu bila di pakai nanti tapi aku buat yang ni comot-comot je sebab untuk diri sendiri. Tak payah cantik-cantik pun tak apa asalkan selesa haha. InsyaAllah akan buat yang lebih baik nanti.

p/s : beg yang akan saya jual nanti bukanlah daripada baju terpakai macam yang saya buat untuk diri saya punya ni. Untuk anda semuanya baru. Jangan risau haha

Peace be upon you.