My first attempt at baking cookies

Peace be upon you.

Sementara menunggu cuti yang agak panjang ni tamat, aku cuba berjinak-jinak dengan aktiviti 'baking' di rumah. Ini merupakan percubaan kali pertama aku 'baking' (sorang-sorang) Wah, terasa diri ini tersangatlah hebat! (dengan nada yang agak angkuh) Kali terakhir aku 'baking', sewaktu di tingkatan 3 dahulu. Itu pun ada cikgu dan kawan-kawan sekelas. Untuk pertama kalinya aku nak buat 'cookies' tapi tak tahu resepi. Jadi, aku pakai main taram jelah resepi dia. Memandangkan ada serbuk milo dan nutella dalam almari dapur, aku membuat keputusan untuk mencipta resepi sendiri. Wah terasa diri ini tersangatlah hebat (sekali lagi). Resepi ini dipanggil Nutello. Kenapa Nutello? Sebab Nutella campur Milo. Jadilah Nutello. See? Simple!

Nampak seperti 'meatballs' bukan? Oh, jangan mudah terpedaya! (tak ada kena mengena dengan topik)



Ini lah hasilnya. Nutello (saiz S)

Biskut yang ini saiz M. Dia agak berbeza sedikit kerana ini hanya untuk kepuasan tekak saya seorang. 

Yang ini untuk kucing saya. Eh tidak tidak. Saya cuma bergurau. Meow!

Peace be upon you.